Assalammualaikum. Lama tak menulis entry di blog. Kali ni terpanggil utk kongsi pengalaman baby saya yg berumur 10bulan mengalami masalah cirit-birit. Nampak masalah simple tapi bagi ibu-ibu yg first time ni mesti risau sangat, betul tak?So, kita share semoga bermanfaat. Hampir lebih 3 minggu cirit-birit baby saya berlarutan. Pergi checkup ke klinik kerajaan, sudah ke klinik swasta, ubat farmasi pun dah try tapi tak okay jugak. Memandangkan umur baby 10bulan, ramai cakap maybe sebab nak beralih bulan atau fasa bayi nak berjalan. Tambahan pula, dia masih aktif cuma kurang selera makan sebab fasa nak tumbuh gigi jugak. Walaupun keadaan dia nampak okay tapi ibu mana yg sanggup tengok anak cirit sampai merah punggung kan. Nak jadikan asbab, suatu hari saya pun cirit birit lepas tersalah makan. Try google, dapat la cara nak melegakan cirit birit dengan jambu batu. Kebetulan, dekat rumah memang ada pokok jambu batu. Rawatan Cirit- birit dengan Daun Jambu Batu: 1. Ambil...
Hai, assalammualaikum readers. First entri ni saya ingin berkongsi tentang pengalaman rebonding@meluruskan rambut. Bagi yang belum pernah melakukan rebonding, mungkin entri ini dapat membantu korang untuk buat keputusan. Haa tak lupa juga saya selitkan tips penjagaan selepas rebonding. Teruskan membaca, okey! Percaya atau tidak?Buat rebonding merupakan satu keputusan yang berat jugak, betul tak? Yelah, pertama kali rambut kita kena iron, tak tau apa result pada rambut. Bagi saya, rambut tebal, kasar dan susah nak urus ni memang wajib dah buat rebonding. Kalau tak, bangun pagi mesti kembang. Bagi yang bertudung pula, memang kena ikat rambut ketat baru lah nampak kemas. Sebelum rebonding, saya sarankan survey dulu di salon-salon yang terdekat. Ada 3 perkara perlu ambil tahu sebelum pilih salon. Pertama, harga! Kebiasaannya, servis rebonding ni dikenakan harga sebanyak RM 150-300. Kalau ada promosi, kadang-kadang dapat harga RM90 ke atas. Harga juga berbeza berdasarkan ketebalan...