Hai, assalammualaikum readers. First entri ni saya ingin berkongsi tentang pengalaman rebonding@meluruskan rambut. Bagi yang belum pernah melakukan rebonding, mungkin entri ini dapat membantu korang untuk buat keputusan. Haa tak lupa juga saya selitkan tips penjagaan selepas rebonding. Teruskan membaca, okey!
Percaya atau tidak?Buat rebonding merupakan satu keputusan yang berat jugak, betul tak? Yelah, pertama kali rambut kita kena iron, tak tau apa result pada rambut. Bagi saya, rambut tebal, kasar dan susah nak urus ni memang wajib dah buat rebonding. Kalau tak, bangun pagi mesti kembang. Bagi yang bertudung pula, memang kena ikat rambut ketat baru lah nampak kemas.
Sebelum rebonding, saya sarankan survey dulu di salon-salon yang terdekat. Ada 3 perkara perlu ambil tahu sebelum pilih salon.
Pertama, harga! Kebiasaannya, servis rebonding ni dikenakan harga sebanyak RM 150-300. Kalau ada promosi, kadang-kadang dapat harga RM90 ke atas. Harga juga berbeza berdasarkan ketebalan dan panjang rambut. Buat perkiraan budget dulu sebelum pergi ke salon. Korang boleh dapat promosi harga semasa cuti umum dan bulan sebelum puasa. Selalunya memang harga turun banyak cuma kena buat appointment dan tunggu giliran sebab ramai yang rebut peluang nak buat masa promosi ni. Korang boleh contact dengan pekerja salon untuk dapatkan maklumat terlebih dahulu.
Yang kedua, ambil tahu tentang produk untuk rebonding di salon tersebut. Ada 2 jenis produk yang digunakan. Hair straightening cream dan Hair Neutrallizing Cream. Kebanyakan salon yang guna produk jenama terkenal seperti Shisheido, Loreal memang bagi kesan cantik pada rambut cuma harganya agak mahal. Salon yang saya buat rebonding ni guna produk Vmaz. Boleh tahan jugak, rambut tak kemek dan lurus elok walaupun beberapa hari selepas dibasuh. Ohh, lagi satu penting juga untuk korang tahu alergi terhadap produk rambut ni. Ada orang yang tak tahan dengan produk tertentu walaupun produk tu mahal, kulit kepala akan gatal-gatal dan berasa pening.
Yang ketiga, jenis salon. Kalau perempuan yang beragama Islam, saya sarankan cari salon muslimah. Aurat kita akan terpelihara daripada orang yang bukan mahram termasuk lah aurat kita dengan orang yang bukan beragama Islam. Lagipun, masa untuk buat rebonding ni mengambil masa selama lima jam. Sekarang dah banyak salon muslimah dibuka. Jangan lupa tengok review pelanggan yang terdahulu. Kalau ramai yang bagi 4 ke 5 bintang, salon tu mungkin pilihan yang terbaik. Ada juga salon yang nampak biasa-biasa sahaja tapi servis dan harga pun best.
Untuk tips penjagaan rambut selepas rebonding pula, saya ringkaskan sahaja;
1) Tidak boleh mencuci rambut selama 3 hari. Tutup dengan shower cap semasa mandi.
2) Gunakan hair serum selepas bangun pagi dan sebelum tidur. Kalau rasa rambut kering sangat sapu la serum dihujung rambut. Saya guna elips. Best, rambut tak kering.
3) Selepas 3 hari rebond, cuci rambut dengan shampoo dan perapi yang sesuai. Cari keywords treatment, keratin smooth untuk rambut.
4) Elakkan mengikat rambut. Nanti berbekas pada rambut.
6) Keringkan rambut sebelum memakai tudung. Kalau tak, confirm bau kepam daripada krim rebonding tu.
Lagi satu cara untuk luruskan rambut adalah relaxing treatment. Bagi yang belum pernah buat rebonding, pekerja salon tu sarankan untuk buat rebond dahulu. Selepas 6 bulan tu tengok keadaan rambut. Kalau masih lurus elok boleh la buat relaxing. Rebond dan relaxing ni lebih kurang sahaja. Cuma relaxing menampakkan rambut lurus secara semulajadi kerana rambut tak di'iron selepas krim yang kedua. Namun, bagi yang rambut tebal, rebonding lebih berbaloi untuk rambut nampak terurus dan lembut. Guna jari pun boleh!*flip hair
Ohh, ya.. bagi yang first time nak DIY rebonding rambut sendiri, saya sarankan belajar daripada yang berpengalaman. Nanti membazir sahaja sebab rebond ni perlukan ketelitian dan kemahiran untuk hasil yang elok. Saya pun pernah terfikir untuk buat rebond rambut sendiri tapi saya belum ada peralatan seperti hair dryer, hair straightener dan krim rebond. Apabila dikira budget buat sendiri berbanding salon adalah lebih kurang sahaja, saya pun mula mencari salon yang sesuai. Lagipun risau tak jadi bila buat sendiri. Sebaliknya, kalau sudah mahir dan ada peralatan yang sesuai, boleh lah buat sendiri di rumah. Mudah dan selesa!
Setakat ini sahaja entri saya. Harap berguna pada yang teringin buat rebond. Jumpa lagi entri seterusnya!

Sy nak tanye..
ReplyDeleteRelaxing treatment tu memang kena tunggu 6 bulan baru boleh buat ke mcm mane?
Kalau 6 bulan tu rambut dah jadi asal balik mcm mane? Boleh buat relaxing jugak ke? Minta dijawab ya😄
Sorry lambat reply.. kalau pernah buat rebonding sebelum tu, tengok keadaan rambut dulu sesuai tak proceed buat relaxing treatment.. kalau lurus elok lagi, selalunya pekerja salon saran buat hair treatment ja untuk kekalkan kelurusan rambut.. kalau rambut jadi asal selepas 6 bulan, boleh jugak relaxing..
ReplyDeleteNk tnye after buat rebonding boleh guna flat iron x lps cuci rambut 3 hari tu?
ReplyDeleteBetter jangan buat lagi utk elak kerosakan rambut. Cuci rambut dgn syampu yg sesuai, perapi mesti guna. Hair mask, hair serum pun better guna. Kalau nak iron guna suhu yg sederhana.
DeleteBila boleh start guna flat iron?
DeleteSy tak sure bila boleh guna sebab selalunya rambut rebonding selepas 6 bulan baru nampak kurang lurus..
DeleteBagaimana Cara lps rebond x boleh ikat rambut kalau dah pakai tudung. Any tips?
ReplyDeleteLihat kesesuaian produk rebonding yg sis guna. Kadang produk tak bagus, rambut jadi tak lurus, ada kesan lepas ikat. Sy ikat rambut jugak tapi ikat loose je.
Deleteselepas 3 hri tidk blh basahkm rmbut termksod hri kita rebond ke.. sila jawab
ReplyDeleteYa.
DeleteKalau kita basuh rambut with shampoo lepas rebond apa akan jadi?
DeleteRambut jadi keras, menggerbang dan tidak terurus.
Deletekalau cuci hari kedua? Rosak ke tak ye rambut?
DeleteAssalamualaikum... adakah serum rambut boleh digunakan di seluruh rambut selepas rebonding
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. selepas 3 hari rebonding boleh guna serum rambut.
Deletehai..nak tnya..dlm masa 3hri tu xblh guna serum rmbut kah?mohon penjelasan.mksudnya selepas rebonding tu cuma sisir guna tgn je?xblh pkai apa2 pd rmbut?
DeleteHi sis,Saya Sarenya sy nak buat hair rebounding
ReplyDeleteSy kerja di kilang food industry wajib pakai hair net so mcm Mana sis?
Hi. Saya tak sure pemakaian hair net selepas rebonding akan menjejaskan rambut. Maybe akan mempengaruhi jugak sebab kulit kepala berpeluh dan tertutup. Utk kepastian, sis tanya pekerja salun. Dorang akan bagi alternatif.
Deletekenapa byk org suka rebonding? rambut lurus lebih cantik kah daripada rambut kerinting?
ReplyDeleteBanyak sebab, salah satunya nak kelihatan kemas dan terurus. Tambahan pula kalau pakai tudung.
DeleteLps rebond, rmbut mmg sgt2 terurus.. suka sgt la g rebond.. bkn sb cntik st pon tp lbh pd kekemasan..
Deletesekarang musim pkp, banyak salon tak ada buka, bolehkah kita beli barang yg perlu dan DIY je kat rumah?
ReplyDeleteBoleh je asalkan ada peralatan yang cukup, cara rebonding sendiri pun ada ramai post di youtube.
Deleterasanya belajar kat youtube je kan, lepas tu, baru beli peralatan, bulan ini murah kot barang-barang ada sales
DeleteBoleh awak tapi pastikan ikut step betul2 ya.. kalau tak rugi tak jadi..
Deletepelik juga sebenarnya sebab kadang orang rambut lurus ni nampak tak natural sangat
ReplyDeleteBiasa la kan.
Deletesaya paham kalau orang nak cantik. tapi macam kadang ada macam terlalu tampak bezanya yang natural dengan tak. tu yang pelik
DeleteBetul tu.. memang lepas rebonding nampak straight je.. kalau natural ada la beralun sikit kan..
Deletememang betul, untuk masa sekarang ni, tk perlu la nak ke saloon sangat melainkan memang betul2 perlu macam bleaching
ReplyDeleteBetul tu. Sy ada pergi gunting rambut bulan lepas, memang susah nak ikut SOP. Nak gunting rambut susah pakai mask.
Deletebiar betul? ramai tak masa pergi salun? sebab saya masa pkp ni memang jarang sangat keluar kecuali beli barang. takut betul xD
DeleteTak ramai pun.. sekarang ni SOP dah ketat.. hanya gunting rambut dibenarkan.. tu pun ada minimum masa..
Deleterambut lurus boleh buat sendiri kat rumah, beli tu hair styler sudah boleh, dlm ada byk aksesori lagi
ReplyDeletehairdryer apa ya yang best untuk guna? sebab saya pun masih mencari lagi ni. yang sekarang kalau on paling rendah pun panas sangat. risau saya
DeletePhilips hair straightener pun okay jugak.
Deletesaya rasa panasonic pun ok juga, sebab sy sekarang sedang guna sesuai , paling best ia taklah mahal sangat
Deleteitulah, saya masih survey dua dua product tu mana yang bagus and nak tunggu sale 12.12 nanti baru belii so dapat murah sikit.
Deletesekarang pkp, sy mau pegi saloon buat pun rasa taklah, sy takut virus lagi nnt kena...alamak
ReplyDeletekan... better pakai je la alat yang sesuai kat rambut tuu lagipun banyak dah barang2 berguna yang boleh kita guna kat rambut kan..
DeleteJaga diri
Deletemini..kau pernah guna apa produk kat rambut? fungsinya untuk apa ye? share kejap tgk sy sesuai guna tak
Deleteaku guna product basic macam shampoo and conditioner plus serum. and semua tu under jenama naturals by watson. and keringkan pun kipas je tak pakai hairdryer sebab panas
Deletekenapa kulit rambut kita tak sesuai juga walaupun saya guna produk penjagaan rambut yang natural?
ReplyDeletekadang-kadang bahan tu pun mungkin tk sesuai dengan kulit. atau pemakanan pun kena jaga juga sebab boleh effect pertumbuhan rambut.
DeleteBetul.. sy pernah try produk shampoo berasaskan santan, rambut jadi gatal dan kelemumur.. pastikan dulu jenis kulit kepala kita macam mana baru beli okay..
Deletekalau pakai tudung tp rambut sy kerinting, sy guna getah ikat, jadi lama-kelamaan ada kesan kat rambut saya kah?
ReplyDeleteusually tkde masalah pun dekat rambut sebab lama kelamaan bukak getah tu dia akan jadi macam rambut natural kita balik. so takde masalah
DeleteJangan ikat ketat sangat.. still ada bekas ikatan nanti..
Deletesy dah buat rebonding, rambut lurus dah, tapi tahun 2021 ni sy ingin curly hair, jadi sy kena tunggu berapa bulan baru blh buat rambut lagi?
ReplyDeleteSy pun pernah tanya soalan ni pada pekerja salon.. cadang nak buat rambut wavy tapi dorang tak suggest sebab rambut cepat rosak.. cari orang yang mahir, yang biasa buat rebonding to curly..
Deletememang tak boleh ikat langsung ke sis? tapi boleh tak ikat rambut tapi tak ketat sangat
ReplyDeleteBoleh ikat, jangan ketat sangat namti berbekas..
DeleteKalau rebonding rambut bagi lurus ni ,lepas lama ² kemudian die akan still lurus kan takkan kembali keriting ke?
ReplyDeleteKalau rambut asal kerinting akan jadi kerinting sikit tapi bukan kerinting tebal.. kalau rambut asal lurus akan jadi sikit wavy..
DeleteKalau rebonding rambut bagi lurus ni ,lepas lama ² kemudian die akan still lurus kan takkan kembali keriting ke?
ReplyDeletealamak....saya basuh lps 24 jam...x pe ke?
ReplyDeletetapi tanpa shampoo....hanya air suam2 gitu
DeleteMaybe akan ada perubahan sikit, rambut tak betul2 lurus..
DeleteSalam nk tanye klau kite tk boleh basah kan rambut selama 3 hari jadi klau wuduk mcm mane ye?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. boleh basahkan anak rambut utk wuduk, x menjejaskan rambut rebonding..
DeleteKalau mandi wajib sah ke?saya takut kalau ada sapu krim menyebabkan rambut terhalang dengan air sebab mesti ada letak sebarang krim kan sebelum luruskan rambut?
ReplyDeletebaru 2 bulan buat rebonding..dah kerinting semula😔😔
ReplyDeleteassalamualaikum, sy nk tnyer klau sy nk buat hair relaxing kt rumah ade tak Suggestions untuk hair relaxing produk sy nk cube gunakan?
ReplyDeleteSolution untuk rambut kering camne yer? kering auto mengembang🥲
Delete