Skip to main content

Rawat Cirit Birit dengan Daun Jambu Batu?Murah dan berkesan!

 Assalammualaikum. Lama tak menulis entry di blog. Kali ni terpanggil  utk kongsi pengalaman baby saya yg berumur 10bulan mengalami masalah cirit-birit. Nampak masalah simple tapi bagi ibu-ibu yg first time ni mesti risau sangat, betul tak?So, kita share semoga bermanfaat.

Hampir lebih 3 minggu cirit-birit baby saya berlarutan. Pergi checkup ke klinik kerajaan, sudah ke klinik swasta, ubat farmasi pun dah try tapi tak okay jugak. Memandangkan umur baby 10bulan, ramai cakap maybe sebab nak beralih bulan atau fasa bayi nak berjalan. Tambahan pula, dia masih aktif cuma kurang selera makan sebab fasa nak tumbuh gigi jugak. Walaupun keadaan dia nampak okay tapi ibu mana yg sanggup tengok anak cirit sampai merah punggung kan. 

Nak jadikan asbab, suatu hari saya pun cirit birit lepas tersalah makan. Try google, dapat la cara nak melegakan cirit birit dengan jambu batu. Kebetulan, dekat rumah memang ada pokok jambu batu. 

Rawatan Cirit- birit dengan Daun Jambu Batu:

1. Ambil pucuk daun jambu batu. Basuh dan kunyah. Kalau cara ni rasa kelat sedikit.

2. Ambil daun jambu batu 5-8helai. Basuh, rebus dalam air sukatan dua cawan. Minum. Sapa yg tak suka minum herba2 macam saya, buat light sikit dengan lebihkan air.

Alhamdulillah, lepas minum air rebusan tu, saya pun dah tak cirit birit. My son full breastfeeding. Rupanya, dia pun terkesan dengan air rebusan tu. Alhamdulillah. Settle masalah cirit birit 2 in 1 orang kata. Hehe. 

Antara kelebihan daun jambu batu ini mengandungi agen anti bakteria. Orang dulu2 ada yg menggunakannya utk mengubati pelbagai penyakit terutama cirit birit dan masalah kulit.

Walaubagaimanapun, utk bayi, lebih baik check melalui doktor terlebih dahulu. Utk kenalpasti sama ada sakit daripada rotavirus atau lain-lain yg berbahaya. Cirit birit boleh menyebabkan dehydration yg mengancam nyawa tau.

Ohh ya, ini senarai ubat yg doktor prescribed utk baby saya.

1. Smecta. Utk stop cirit birit.

2. Oral rehydration salt (ORS). Utk restore mineral dlm tubuh.

3. Paracetamol. Utk kebah demam/tahan sakit.

4. Antibiotik.

5. Novalac Diarinova. Beli sendiri di farmasi tapi anak alahan susu lembu. Jadi naik merah bila minum susu ni.

Bagi ibu-ibu yg menghadapi masalah sama, jangan panik ya. Pastikan berjumpa doktor. Boleh try air rebusan jambu tu bagi ibu yg menyusukan anak. In Sha Allah boleh sembuh dan tiada kesan sampingan. 

Boleh kongsi rawatan atau petua korang bila ada masalah cirit birit kat comment okay. Jumpa lagi!

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rebonding di salon? Berbaloi ke?

Hai, assalammualaikum readers. First entri ni saya ingin berkongsi tentang pengalaman rebonding@meluruskan rambut. Bagi yang belum pernah melakukan rebonding, mungkin entri ini dapat membantu korang untuk buat keputusan. Haa tak lupa juga saya selitkan tips penjagaan selepas rebonding. Teruskan membaca, okey! Percaya atau tidak?Buat rebonding merupakan satu keputusan yang berat jugak, betul tak? Yelah, pertama kali rambut kita kena iron, tak tau apa result pada rambut. Bagi saya, rambut tebal, kasar dan susah nak urus ni memang wajib dah buat rebonding. Kalau tak, bangun pagi mesti kembang. Bagi yang bertudung pula, memang kena ikat rambut ketat baru lah nampak kemas. Sebelum rebonding, saya sarankan survey dulu di salon-salon yang terdekat. Ada 3 perkara  perlu ambil tahu sebelum pilih salon. Pertama, harga! Kebiasaannya, servis rebonding ni dikenakan harga sebanyak RM 150-300. Kalau ada promosi, kadang-kadang dapat harga RM90 ke atas. Harga juga berbeza berdasarkan ketebalan...